Sunday, April 29, 2012

hati kering kene tanda

Assalamualaikum..

alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.

semoga berkekalan jodohnya.amin..

 ni kek kite bagi budak hitam

 ni hantaran kite bagi budak gemuk

 budak gemuk + hitam

 wakil sebelah perempuan

 wakil sebelah lelaki

 wakil sebelah lelaki

sarung kaki..eah salah.sesi sarung cincin

 bakal adik ipar die, mak die, adik die

 budak hitam bagi kite

 both

 sesi pra-orentasi

kek budak gemuk bagi

#doakan kami mudah2an..


 ~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Sunday, April 22, 2012

Black0ut

Assalamualaikum..

ari ahad..pukul 9.01 pagi..

mane letrik ni, kate nak out pukul 9..
rumet ak.
"cepat la takde letrik.nak kemas dan sapu bilik."
tertanye2 ak kenapa.
"nak rase nikmat kipas angin sebelum takde current."
owh..sebab tu ke...tapi sebab lambat sangat nak blackout,die matikan je kipas dan mula mengemas.

pukul 9.45

kipas mati..radio ak mula perlahan volume dan terus senyap..
ok..takde letrik..
rumet ak siap mandi dah.huhu..

pukul 10

anta mesej kat mida.
"nak pinjam kete jap.nak kua."
"nak pegi mane?"
"pantai je"
"ok"
"ok"

call madi..
"nak kunci mida"
"oo.."
mida balik tapi kete die kat sini,hehehe..terkebil2 madi mase ak call.sebab baru bangun tido.hahahaha

pukul 10.15

bertolak ke pantai sambil mencari2 kedai..nak beli ikan.nak main bakar2.hehehe..
mesej mamu
"ko kat mane?nak beli ikan lagi tak?"
"ak dah beli sikit.korang nak beli lagi pon bole."

jalan2 la cari ikan.jumpe kedai kat area2 kampung.
"kite nak beli ikan ape ni?"
"tak tau la."
"bang ikan ni sekilo bape?"
"sekilo RM8"
"yang ni bang?"
"sekilo RM14"
"yang ni lah..4 ekor" sambil tunjuk kat ikan yang harga die RM8 sekilo.
ermm..nak beli ape lagi erk..jalan lagi.
rumet ak
"daun selum ok gak."
"bole jugak"
siap shopping..gerak pegi pantai..

pukul 11

"ak dah sampai ni"
"ok2,kiteorang on the way"

bestnye..lame tak pegi pantai..
siang ikan..nak basuh kat mane erk..
"basuh kat pantai la"
"jom"

lipat seluar sampai lutut.1,2,3..habis semua ikan,udang berenang masuk balik laut..
kene tangkap balik..adeh..tergelak2..terkejar2..selamat semua dapat tangkap balik.hahaha..

bakar2 n makan2.wehuu...bestnye..dah lame menuntut ikan bakar kat mamu.tapi semua sibuk.arini kebetulan takde letrik.lari la.hahaha..1 gamba je dapat snap.kalo banyak2 nanti ade yang jeles.hehehe..

jemput makan..sedapnye..

#sambung makan ice cream lepas tu kat taman..hahaha..

tropical flavour 


 ~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Friday, April 20, 2012

Langit tak selalu cerah..

Assalamualaikum..

.::Pesan Roh Kepada Manusia::.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


#credit to LeYs
#hari jumaat adalah penghulu hari..
#ilmu yang sedikit dikongsi bersama..=))



 ~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Wednesday, April 18, 2012

AWESOME!!

Assalamualaikum..

malam ni kite nak share ni je..

hehehe..

you have no exam schedule for this semester

#hahahha..saje nak show off
#jeles tak??agagaga..



 ~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Monday, April 16, 2012

saya dah maafkan awak

Assalamualaikum..

saya tak la zalim

kedekut pon tak..

malah saya tak sampai hati nak buat orang2 yang saya sayang macam ni..

saya dah maafkan awak encik FH.

kita kan manusia,lemah,lalai dan sentiasa melakukan kesalahan.

kita jugak manusia yang ego..

#tau pon takut
#kalo awak tak mintak maaf pon takpe sebab kite dah maafkan awak
#saya akan jadi lebih kering hati


 ~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

hati kering pon boleh sentap

Assalamualaikum..

saya sentap malam ni..

sebab kawan saya bagi statement macam tu..

dia tak pernah tau masalah yang timbul..

tapi cara die cakap macam die tau semuanya..

terasa giler..

biarlah..die berhak bersuara..

die berhak memberi pandangan..

saya terima dengan hati yang terbuka walaupun terluka

saya memegang kembali kata2 saya yang saya tujukan pada die

''orang yang berjaya boleh menerima kritikan, pandangan dan nasihat orang lain. untuk perubahan yang lebih baik. manusia itu berubah-ubah''

#tapi saya tetap sedih
#semoga saya boleh memaafkan dia

 ~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Sunday, April 15, 2012

sudah cukup sudah

Assalamualaikum..


Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band


inikah caramu membalas cintaku
kau nodai cinta yang ku beri
inikah caramu membalas sayangku
kau lukai sayangku untukmu..


teganya kau menari diatas tangisanku
kau permainkanku sesuka hatimu..


sudah cukup cukup sudah..
cukup sampai disini saja..
daripada hati gelisah
cintaku kau balas dengan dusta..


sudah cukup cukup sudah
cukup sampai disini saja..
daripada batin tersiksa..
lebih baik ku pergi saja..


t’lah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu..




#banyak maksud dalam lagu ni
#saya dah jatuh cinta dengan lagu ni

 ~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Saturday, April 14, 2012

ade ubi ade batas,,

Assalamualaikum..

saya post entry ni dikala saya ditinggalkan keseorangan di bilik..sampai hati mereka!

pakcik tu pon saje nak sakitkan hati ak.takpe2..tengokla nanti..

sebelum rumet saya kua tadi, sempat la mencekik mempelam.terima untuk zati sebab mempelam ni..awesome gile!!

 sodap kan??mesti korang kecur..hahahha

ready to eat!

ade jugak kemanisan dalam hidup saya hari ini walaupon di kecewakan lagi banyak.sob3x..

#saya nak doktor haiwan untuk merawat kekecewaan saya ni
#selamat makan..bye!


 ~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Friday, April 13, 2012

Bersediakah kita??selamat hari jumaat =))

Assalamualaikum..pagi jumaat yang mulia ni nak share pasal hari kiamat.

kenapa hari kiamat??

sebab kiamat akan berlaku pada hari jumaat.tambahan pula,hari jumaat adalah penghulu hari.tambah lagi,perbanyakkan lah amalan pada hari jumaat kerana pahalanya lebih banyak..waallahualam

bingkisan ni saya amik dari facebook seseorang.mari kite renungkan..

Gambaran Hari Kiamat


- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.


② Doa anak²nya yang soleh.


③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Sumber: Amar Sufi





#semoga kita diantara orang-orang yang beriman
#cerdit to Republic of Tawau

#sesungguhnya hamba-hamba yang beriman akan berasa takut dan resah apabila diceritakan tentang hari kiamat..


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Thursday, April 12, 2012

.:POWER:.

assalamualaikum..

actually,tonight i want share my novel collection within 2 month.but,tak dapek la ambe nak menolongnya..

takpe..ambe de cite lain nak share..hehehe..

check it out about this picture!

buku free kan..rase nak amik banyak2 je tadi.hehehe...

serba sedikit pasal buku ni:
-ade 6 bab semuanya dalam buku ni.
bab 1- pemgurusan aliran tunai
bab 2- asas meminjam
bab 3- penggunaan kad kredit secara bijak
bab 4- membeli kereta
bab 5- membeli rumah
bab 6- mengurus hutang anda
-buku ni dikeluarkan oleh AKPK
-tujuan buku ini dikeluarkan sebagai panduan mudah yang dapat membantu dalam pengurusan hutang..
-dapat mengetahui dan mempelajari tranksaksi kewangan dan cara terbaik mengukuhkan kedudukan kewangan.

dalam taklimat panjang tu,dapat dikongsikan beberapa perkara

1- seusai dapat gaji sila la wat simpanan dulu.10% dari gaji ditolak sebagai simpanan untuk kemudian hari
2- nisbah hutang kepada pendapatan tak boleh lebih 40%.contohnya:

pendapatan bulanan = rm3800
rumah+kereta+kad kredit = rm2128

nisbah hutang kepada pendapatan
= pembayaran balik bulanan 
_____________________
pendapatan kasar

= rm2128
_______     x 100%
rm 3800

= 56%  .:. sakit nak bayar tiap2 bulan

3- pembelian kereta sama ada yang baru @ yang terpakai.fikir betol2
4- nak beli rumah kene pelih lokasi yang strategik...

itu sahaja untuk malam ni..=))

sekian

#ilmu yang sedikit dikongsi..
#selamat beramal



~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Wednesday, April 11, 2012

Dua dalam Satu

Assalamualaikum...

update lagi..tengah terajin nak menulis tak padan esok nak ade test..bile nak berubah ni..

kenapa dua dalam satu??

arini kuar pegi kuantan.takde kelas kan.perghh..ramai gile orang..cutikan sempana pertabalan agung..daulat tuanku!

mula2 pegi mega..makan2 kat pizza pastu g main bowling..ak dah bedebar dah ni.rase nak balik je.ak mane reti main dol..nak tak nak kene main jugak.main ugut2 lak tu..siap nak tinggalkan ak kat mega tu kalo ak tak main.zalim sangat..yang tak bole blah nye, rumet ak semangat gile nak ak main.siap belanja beli stoking.nak tak nak main jugak la....

seyes..ak rase macam memalukan diri sendiri kat depan orang.bengong!!sekali baling longkang kanan.dua kali main longkang kiri.biasela newbie..usaha tangga kejayaan!gelak punye gelak.longkang punye longkang dapat 30mata je..syukur..at least takde la malu sangat sampai nak sorok muka dalam kasut bowling tu.hehehhe..

dah puas berjimba kat pusat bowling.dorang ajak tengok wayang kat ecm.a ah kan aje la.nanti ade yang kecik ati pulak.terima kasih syam sebab belanja kami tengok wayang..JANGAN PANDANG PANDANG..nak kate lawak memang lawak..nak kate seram memang seram. dua dalam satu la.nebes gak tengok cite ni.

bile sampai ump je bace berita,de tsunami kat acheh.waktu yang sama kami berjimba.dua dalam satu.kuasa Allah kite tak tau.ade orang tengah bergembira,tapi dalam masa yang sama ade orang tengah ketakutan dan bersedih..

kuasa Allah kite tak boleh nak halang dan jangka.sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.sebagai hamba kita hendaklah redha dengan ketentuan Allah...saya doakan supaya penduduk acheh yang menerima musibah tsunami itu bersabar dan banyak2 berdoa kepada Allah.


#jangan kita terleka dengan nikmat yang Allah berikan pada kita.semua itu adalah dugaan dan ujian buat kita.sekalipun kita dalam keadaan bergembira.bersyukurlah!



~$m0gA dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Tuesday, April 10, 2012

@@

assalamualaikum dan selamat petang..

hihi..tetibe cam nak baca berita..

arini rase letih gilo..

#pegi kelas-tu memang wajib
#pegi klinik-saje nak ushar doc.hahahha..buat2 batuk..
#call my mom-tanya tarikh sebenar orang nak datang merisik ambe..hahaha..rase malu gile..
#kakak mesej-ko nak wat bape dulang ni??nak warne ape??coklat ni nak wat camne??

adoi..baru ak tau rase persiapan kakak2 ak sebelom.gile penat

#penat pikir
#penat nak g beli barang
#banyak sangat penat..

if i can back to home..bia la ak wat sendiri.sian mak n akak ak..tapi na wat camne..terpaksa.

i'm here to study and get my degree



~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Jom Follow & Terjah : SEGMEN CIK VIOLET

coretan hati



#untuk kawan2 saya buat jugak..=))
#terima kasih Cik Violet segment

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

berGesel..opsss


 eye contact penting untuk menundukkan lawan.

pusing la ko MM,kalo takde rezki memang tak dapat..hahahha

#part time worker..selagi tak dapat bergesel la korang..
#sebelum makan kene exercise dulu..memudahkan pencernaan...

welovecat


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

anak-anak baru kami..(^^,)

ni la anak2 penyumbang masa hadapan..mudah2an..=)




#sekor cam mak die.3 ekor lagi cam arwah bapak die.
#arwah seekor kucing yang baik dulu..


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Monday, April 9, 2012

aish...aish..

assalamualaikum..

aish..aish.. tu bukan aishiteru..hehehehe...

cume mengeluh je..eah..bukan jugak..

ok la..mengenang nasib..

orang dah tolong susa2 carikan homestay..die bukan nak cakap terima kasih..tapi..marah balik..aish..

ceritanya, adik ak nak konvo minggu depan 15hb.pastu, 14hb tu akak ak nak wat kenduri akikah untuk anak pempuan die.so, mak ak ingat nak duduk umah makcik ak je.tapi,pakcik ak sakit lak.macam tak sedap pulak nak kua masuk rumah orang.

ermm..tak pasal2 ak pon kene sekali.dah la tak dapat pegi.mak ak cakap la,tak pe la kite duduk homestay je.ok la idea tu..but,they pointing me to search the homestay.how could them!dah la tak dapat pegi,ak pulak yang kene susa2 carikan homestay untuk dorang.nak harapkan adik ak.untungla~~~

cari punye cari.alhamdulillah,dapat se kat taman scientex.dekat ngan poli adik ak.dah siap booking pon.tetibe,petang tadi akak ak mesej,ak pening la.ko uruskan lah ngan umi.ak banyak keje lain.aishh..ak jugak ke??so, ak bagitau la kat adik ak dah de homestay,siap bagi no.

''ak tak tau pape pon.ko buat la''..adoila..sape yang nak konvo ni??ak ke ko??dah kire untung ak carikan.usaha sikit pon tak nak.lempang kang!..nasib jaoh.kalo tak.dah berbakul gak ak bebel kat die.

ok.sekian..

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Sunday, April 8, 2012

ehem..ehem..

assalamualaikum..

lame sangat tak update blog.asik update pacebook je.sian blog ambe..

tak kesah kalo takde orang bace.tapi ak suke nak menulis..ehehehe..

but for this moment..
kenapa masih die yang mengejar ak??
buakn ak dah cakap ke ak dah tak boleh terima die??
nak cakap camne ag erk??

malam semalam die anta mesej kat ak..

wan: husnul

ak:ye?nape?

wan:takde pape..

ak: ok.

wan:emm..husnul dah bertunang ke?

ak:insyaAllah hujung bulan ni.nape?

wan: husnul..

ak:ape?

wan:husnul..saya masih cintakan husnul dan tak pernah lupakan husnul..

ak:...

pepagi ak bangun dapat mesej ni

wan:saya malu dan kecewa dengan diri saya sendiri.saya tewas dengan perasaan saya.saya dah cuba untuk lupakan dan azam tak nak ganggu kebahgiaan husnul lagi,tapi tak dapat.saya tak dapat lupakan janji2 kita..

ade pembetulan disini.saya tak berjanji ape2 ngan awak.awak yang pandai2 wat janji dengan saya.awak yang tabur macam2 janji kat saya.

ak ke yang bersalah sampai die jadi macam tu??ak ke??mungkin ade jugak salah ak.sebab terima die dalam keadaan terpaksa dulu..

ya Allah..berikanlah ak kekuatan..

p/smaafla..selalu update blog ngan cite dak ni.tapi ak tak bole nak cite kat sape2.blog je la tempat ak luahkan perasaan..




~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Sunday, April 1, 2012

kalo ade orang salah anta mesej kat korang.korang watpe??

kalo ade orang salah anta mesej kat korang.korang watpe??

Answer here

sape dah lame tak update laman sosial die??

sape dah lame tak update laman sosial die??

Answer here