Tuesday, November 10, 2009

ujian..UJIAN~~~~

ujian tol nk exam~~~

hilang mood nk study...

semalam de org ckp ak

  • SUKE MARAH ORANG
PELIK

ari ni de org ckp ak

TERUK!!

sbbnye kecik je...
ak xde no puan shahidah..

ak cume tnye die de skema jwpn electronik je
exercise no3

ak xpenah rse truk camni...

tah la
smoge kite sme2 muhasabah diri

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Wednesday, November 4, 2009

pe erk??

HeEpYy sTUdy WeeKK!!

SolaT aWal waKtU

stuDy bkN Studo
  • deNga Lgu Bley tP Bkn tgK cIte

  • SuRfiNG tEnEt BlEy tP Bkn BukaK FceboOk etc

  • SociAL netWorkng Allowed But NOT fOr mEngumpAt tP Utk bRkonGsi Ilmu
maKe Ur own TImetabLe fOr Study Not f0r tGk ciTe Etc

lastly....

kalo de mslah rujuk ngan org yg lebih pakar
hehe...


have nice day!!!
(^_^)




~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $enti@$@~

Tuesday, September 29, 2009


TALASEMIA

Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara. Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat. Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan. Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

Tanda-tanda

  • Kelesuan.

  • Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.

  • Sesak nafas.

  • Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.

Apakah yang boleh dilakukan?

Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.

Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung. "Lebihan ferum" ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.

Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.

Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 232.

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

pergi tidak kembali....

...BeNarlaH jnJi Allah...
sEtiAp yg bErnyAwa akan mnGalami kematian

keMatIan tidk Boleh dtaNgguhkn
kematIan tdk bolEh d JangKakn
kEmtiAn tdk bolEh d kAwal
ALLAH juge yg lbiH mGetahui...

sEbaIk2 kemBali aDlah Kpade PenCiptA
ALLAH SUBAHANALLTAALA

seorg sahabat baikku tlh kehilangn ayahandanye
yg trsyg
smlm ptg pd pkul 2.30

kemergiaanya kekal
tdk akn pulg
kembali kpd Maha Pencipta

die hnye mgkabarkn berite 2 kpdku
pg td
ak trut sdey mndpt kabarn 2

"ayah sy n bakal mentua awk telah prgi buat selamanye.."

critenye kpdku
kmatian mngejutkn
d luar jngkaan
tiada sakit
dn Allah telah mnunaikan jnjinye kpd seorg lg hmbanya

ak cume dpt brharap
die n kluargenye
brsabar ats pmergian arwah
ayah

ak hnye dpt mndoakn kbaikn
n ksejhtraan keats arwah

SEMOGA ARWAH D TEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG2
BERIMAN

bgaimna pula dgn dri kite???
cukup brsediakh???
untuk brtemu dgn Maha Pencipta???
ckupkah amaln kte???

innalillahirojiun...

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Sunday, August 16, 2009

pe yg jd 10-14 ogos ari 2????

huhu....
lame dah x bukk pc ni..
lpas cuti smggu cuti lg smmgu tp cuti 2 d khaskn kpd ak je..
haha...
ini kerna ak kne KUARENTIN!!!!

hua3..
buhsan gile cuti smggu...
dah xtau nk wat pape..
mkn tido,mkn tido je..

ak bengang gile nagn doctr 2
suhu naek 38.i je dah kne tahan
QUARANTINE!!!

xpela..
demi shbat2 yg aku syangi
ak trutkn jgk nashat doctor 2..
pengalamn yg xley d lupekn..
sob..sob..

p/s:
kpd yg demam,selsme,btuk 2 sile2 la g jmpe doctr..
ksian kt kwn2 kte..
sape2 yg nk g wat ujian saringan h1n1 2..
minum la air sejuk2 sblom wat ujian 2..
supye suhu turun ckit..

take care!!!

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Sunday, August 2, 2009

Peri$tIwa 2 OgO$

pe yg jadi ari ni???

1. ump trsyngan ku telah mmberi cuti khas utk studentnye slame smmgu..so kteorg akn naek 9hb ogos nnti.huhu~~

2. kmungkinn kteorg dpt cuti smggu je utk cuti raye..sdey3...

3. ari ni besday abah ke 55.. smoge d pnjgkn umur, d murhkn rezki, d permdahkn sgale urusan n smoge perkahwinn antre mak n abah berkekaln hinnge akhir hayat..amin~~~




~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Sunday, July 12, 2009

~~percutian 2 buln~~

sdeynyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....
ble cinte tgh memunck.....
tp trputus d tgh jlan..
pe yg harus d lakukn???
ptut ke kte mnyerh diri n brptus asa???
ptut ke kte myalahkn tkdr???
bkn kh sme dgn kte menylahkn Allah???
ptutkh kte mnjd hmbe yg lupe dri???
bkn kh cinte Allah i2 lbh kekal???

tp...
jgn smpai kte mnjd hambe yg derhake kpd Allah..
jgn kte mnjd pngkhint cinte kpd Allah..
jgn smpai kte mnjd hmbe yg lupe dri...
jgn biarkan diri kte mnjd hmbe kpd cinte makhluk...

3 jenis jdoh yg de d dunie ni...
1.jodoh d sebbkn oleh Allah
2.jodoh d sebbkn oleh jin
3.jodoh d sebbkn nafsu

mgkn ini adlah ujian dlm hdup utk mnjd hmbe yg lbh dekt kpd tuanNya..
yg dpt mnjdikn kte seorg yg tahu brsyukr..
n tdk lalai n alpha pd nkmat dunie..

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementaras
erta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Friday, May 1, 2009

Di Mana Hilangnya Malu?

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan. Tangan mereka saling bertaut. Kadang, tangan si lelaki juga menjalari tubuh gadis. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.Kelihatan juga sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah, saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Mereka menghisap rokok.Agak pedih dengan paparan itu, mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi dengan kelibat punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal. Wanita masa kini begitu liberal atau terbuka dalam banyak hal. Lihat sahaja golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan banyak kali terlibat di dalam kancah skandal seks serta gambar dan video lucah mereka tersebar megah di dalam internet. Bukan artis sahaja, pelajar sekolah dan gadis remaja juga sering terlibat dengan penyakit sosial yang memalukan itu.Apa hukuman untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan memalukan itu? Ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.Di tengah–tengah masyarakat tidak kira sama ada di bandar atau desa, wanita seperti yang digambarkan di atas boleh ditemui. Kononnya dahulu, gadis atau wanita yang seksi begini hanya boleh ditonton di bandar-bandar besar. Namun kini, pemandangan seperti itu sudah menular dan boleh dilihat di mana-mana jua. Kampung atau bandar, desa atau pekan, sekolah, universiti, taman, pasar, pusat membeli belah dan sebagainya.Secara realitinya, zaman dahulu fenomena wanita berpakaian seksi hanya terdapat di kelompok-kelompok tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Malahan, hal-hal yang berkaitan ‘menconteng arang ke wajah’ juga sukar ditemui seperti kes khalwat atau zina, membuang anak, merokok, bergambar secara lucah, pelacuran dan sebagainya.Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita.Tidak hairan, kini wanita mula dipandang sebagai golongan yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Wanita mula memegang pelbagai peranan dalan masyarakat, berkerjaya, bebas melontar pendapat dan berani dalam melakukan sesuatu tindakan.Tidak hairan juga komoditi pasaran ekonomi sebahagian besarnya untuk wanita, daripada wanita, dan mengeksploitasi wanita. Hal sebegini banyak dibincangkan bukan sahaja oleh peneliti sosiobudaya malahan golongan wanita sendiri yang mendakwa diri mereka feminis atau pejuang hak wanita.Mereka memperkata tentang penindasan terhadap wanita, hak sama rata yang harus dinikmati oleh wanita dan pelbagai perkara lagi yang menuntut suatu keadaan di mana wanita boleh menikmati apa yang dinikmati oleh kaum lelaki. Persoalan gender sebegini tidak akan habis sampai bila-bila.Suatu hal yang kurang diperjuang oleh golongan feminis terutama untuk wanita yang beragama Islam ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan hadis di atas dengan pernyataannya:“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecenderungan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal...”Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan.Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden. Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.Memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap wanita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu.Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.Sudah tiba masanya, kumpulan atau golongan yang memperjuangkan hak wanita dan dunia wanita mengubah persepsi mereka terhadap peranan dan diri wanita dalam dunia masa kini. Mengejar kejayaan, kemodenan, kesamarataan taraf, menghindar penindasan dan sebagainya harus diperjuang, tanpa mengikis sifat wanita yang hakiki iaitu pemalu.Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.





~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Aku Tanpa CintaMU

AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja. Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya. Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya. Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya, Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang. Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat.
Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah.. PENGAJARANNYA(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT) Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
WARKAH BUAT HAWA... HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH... HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu. HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…




~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Friday, April 17, 2009

renungilah..

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti
harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan 'Bismillah'
sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan
shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu
tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku
masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada
Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki
rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan
membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti
hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah
menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam
hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri,
berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip,
manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak
hormat pada orang tua,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah
mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah
muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda
bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan,
berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan
menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat
atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal
sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang
dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik
dimata ALLAH.



Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan
memberi surat ini Dengan siapapun.


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Thursday, March 19, 2009

d@r! keRn@ m@T@,j@tUh kE h@tY..

salam wat smue..
tetibe ak rse nk tau ssuatu yg da lme brmaen2 kt kple ak..
btol ke wujudnye cinte pndng pertme???
mcm mne nk tau kte jatuh cnte pndg pertme???
pe karakter2nye???
btol ke 1st love mmg susa nk d lupekn even da jmpe org laen???
adkh cnte pndg pertme=1st love???

whai doktor2 cinte skelian..kongsila pndpt n pnglmn anda..
ksian kt kteorg ni.. hehe...





~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~



Thursday, March 12, 2009

WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH

WAKIL UMP


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

salam wat smue...
ak nk share ngan korg mse kteorg g smbutn MAULIDURRASUL yg lalu..
JOM!!!



dewan jubli perak,pahang



tentatif program


ucapan tengku mahkota pahang




















ceramah agama dri ustaz hasan din




persembahan di raihan & amy search..


Sunday, March 8, 2009

Kn@pE k!te Ten$!On?????????

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

SALAM wat SemuE kWan2...
huhu....nk cite ckit pasal tension2 ni...
ni kteorgnye fasi raksi la punye cite..

penh x trpk bahwe bkn mnuasie je yg tension...bahkan haiwan juge...ayam tension,ikan tension,lembu tension..sayur pun kot..hehe...

kte tension sbb study,exam,tuto,kuiz,ass n sbgainye..tp nape plak ngan haiwn2 2 pon bley tension???dieorg pon de ass gk ke??kuiz??exam??msti la x..tp pe yg myebbkn haiwan2 2 tension..

haaaaaaaa...kte smue blaja biologi..mse form 4 ngan 5..tp form 3 pon blaja gak..msti la korg tau rantai mknn bg satu2 ekosistem..rantai mknn yg dynamic akn myeimbagkan sistem bumi kte ni..ok..sbg contoh ayam..pe beze ayam bndr@ ayam suntik dgn ayam kg???
  1. makann
  • ayam kg mkn cacing,nasi buangn korg yg trlebh mkn 2,n sbgainye...korg pon tau kn.huhu..so,ayam2 ni x mgalami tension n mreke mmbesa dgn sihat..
  • ayam bndr plak mkn dedak,serta d suntik spaye cpat matng.so..ayam2 ni mmbesa dgn keadaan tension..
2. tempat tinggal
  • ayam kg dok kt mne2 die ske..n tido kt atas pokok..so,mreke x mgalami masalah tension smase proses tumbesran..
  • ayam bandr plak,tido kt sangkar..mreke mgalami masalh tension dri segi kdiaman sbb mmg fitrah die tido brtenggek kt pokk.dlm sngkar de pokk ke???
so...ayam mne yg kte mkn???
ayam bandar @ ayam kg???
dpt d kaitkn d sini..mknn jge mmpengaruhi thap ktensionn dlm dri kte tnpe kte sdar..
sbb 2 la org skrg ni slalu tension sbb mkn bende2 yg tension..
hehe...pk2kn la..

lg 1 fakta...
tahukah anda bahwe lembu2 yg kt australia 2 d bg mkn dedak+daging..
ptutla gemuk2 lembu kt sne..
tp ksian gak,lmbu2 kt sne tension sbb mkn bkn mknn die..
kcian2...


RENUNG2KNLAH!!

Tuesday, March 3, 2009

kputsan akhir undian..

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

emmmm
slaps mlakukn bancian kpd 7 org(sbnrnye yg sudi mngunjungi blogku)
dan hasilnye....

*seramai 2 org = 28% yg slalu trase ngan ak

*seramai 3 org = 42% yg kadg2 trase ngan ak

*seramai 2 org = 28% yg xprasn dieorg trse ke x ngan pe yg ak wat..

*seramai 0 org = 0% yg xpenh trase ngan ak..

dpt d concluce bahwe ak slalu gak wat kwn2 ak trase...
d sni ak nk mntk maaf kalo ak slalu wat org trase..
a hnye insan yg lemh lg kerdil
n slalu mminta prtolongn dri Allah

misi mncpai kesmpurnaan hidup!!!
x lupe kpade sape2 yg sdi mngundi..
trime kasih....
laen mse kte undi lg...

Sunday, February 22, 2009

mEnc@ri SolEh ml@lu! kEsolEh@n


Hafiz berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.
“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”




Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.
“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan."
Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru!!!.

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah .” Harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.

“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz!!. Alamatnya, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajatnya. ”

“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…” sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“Calon isteri yang solehah.Orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betu!!,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topik tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat? ” soal Tok Ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.“Sekadar pendapat Tok Ayah. Jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips ". Riuh seketika. “Sebelum kita kaji dan tilik bakal isteri kita paling afdal kita tilik diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita!” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosongku, tidak terluah.

“Nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh ". Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.

“Tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah? ” ada Qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.

“ Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi . "

“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?...bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi... insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.” Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.

“Hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia!!”. Kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul unggu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah!! . Calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat Sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian CALON SOLEHAH.
Syukur Ya Allah!!! .


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Saturday, February 14, 2009

kemanakah kite slpas ini????

salam ukhwah utk smue..
sedar x sedar..kte smue da hdup 20 thun kt atas bumi ni.maybe de yg lbh @ kurang..tp penhkah kte brtnye pd dri kite.. kemnakah sbnarnye hala tuju hdup kte??
maybe de yg rse matlamt hdup adalh stkt mndpt rumh besa,gaji besa,kete besa n smue la yg besa2.hehe..bahye 2..
tp..bg sesetngah yg laen ckup la dgn de keluarge n kerjye.2 pon da d kire bahagie n sempurna..bgaimne dgn anda???adkh lbh advance??hehe

"..sesiapa yang mengejar dunia,maka Allah akn memberi dunia kepadanya tanpa kebaikan di akhirat..
tetapi sesiapa yang memilih akhirat maka Allah akan memberinya kebaikan dunia dan akhirat.."


dgn itu sape yg tentukn matlmt dlm hidup kite??mk?ayah?kwn??
emm..pilihan d tangn kte..kte yg menentukn matlamt dlm hidup kite..hdup d dunia adlah pngembaraan yg jao sblum mnuju akhirat..dlam prjlnn yg jao byak dugaan n ujian..ttpi ujian itu adlah nikmat yg xterhingga jka kte sabar mnempuhnye..nikmatnye akn kite rse sma de d dunia @ d akhirat..dan yg psti setiap kesusahan akn datang kesenangn..

" ingat 5 perkara sblum 5 perkara
sihat sebelum sakit
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
muda sebelum tua
hidup sebelum mati"


tp kan..nape de org yg xley trime sesuatu dugaan 2 dgn sabar dan berfikirn rasional???nape dieorg ckp Allah x adil dgn mmberi musibah yg bert pd dieorg??nape Allah x bg ksenangan pd smue org??

"..dan telah Aku turunkn kesusahan kepada kamu mengikut
kemampuan kamu.."

"..dan mintalah pertolongan kepada Tuhan mu dengan sabar dan solat.."


at the end,semua 2 de jwpan..n jwpn 2 de dlm diri kte sndri..bak kate pepatah 'tepuk dada tnye selere' tp nk tuka ckit 'tepuk dada tnye iman'..hehe..sbnrnyekn..susa ke senang ke adlah ujian utk kte..melauinye la kte dpt tingktkn iman kte..
mak slalu pesan, org sakit ni Allah nk naekkn drjat kite,so kalo sakit jgn mngeluh tp bersyukur..maksdnye Allah syg n slalu prhtikn kite..
abah plak, kalo de pape mintak ngan Allah.Allah brkuase,makhluk xde kuase..

maaf jika coretan ini byk kelemahan..
bersme2 muhasabah diri..




Sunday, February 8, 2009

h@ri iNI & $m@l@m




pnatnye....assignmnt xwat lg,tuto lg..smlm xckup tido..
smlm pg g jongging..pas 2 bengkel dakwah kampus smpai ptg..
aktiviti smlm menrik
sbb de pncermh lua dri JIM,ABIM n PERKIM...

mlm plak smbut besday madi ngan unnie..
nk wat suprised tp xjd plak..hehe..
tp de jgk jd prkara2 yg mnyentuh ati..
tp smue 2 tnda kte smue adalh kwn..
kalo xjd cam 2 kite xkn knal sape kwn2 kte...
kite xtau pe yg die ske,pe yg die xske..
sbnrnye insiden2 ni la yg membuatkn kte ingat kwn2 kte
nnt da brkeluarge
bley cite kat ank2
hahaaaaaaaaa

pas 2,pg td de lg smbungannye utk bengkel dakwah smlam..
smapi la ptg ni kol 4.30...
hahaaaaaaa
tp ak x g sesi ptg sbb skiy kaple
tp pe yg ak dpat spnjg ikot programm ni
byk sedakn ak pntgnye dakwah dlm hdup kte
ingt anda semue ialah DA'I d muke bumi ni..










Saturday, February 7, 2009

Saturday, January 31, 2009

PerJln@n yg MENY@KITKN H@TI!!!!!

out of plan...sengal sungguh!ni smue sbb BDK LLKI yg kononnye baek hati nk join kteorg g jln2..susa tol brurusn dgn bdk2 llki yg cam 2.nk ikot kpale sndri je.da la suro sewe kete pon xnk.tah pape..tp,yg bestnye hariz blanje pizza tnde mntk maaf.agaknye..cian kat neesa,pija n adjla.xdpt mkn cheese cake..sdap beb..xde rezki.nk wat camne..
lpas 2,dieorg wat lwak sengal gile mse blik..ckp nk overnight..tp sbnrnye dieorg da smpai.sengal +++..xpe la.2 sbnrnye lg best..
rindu sgt kt korg..hehe

Wednesday, January 21, 2009

~~H@Ri iNi D@l@M $ej@R@H~~

Arini smbut besday pija,mida,adjla n rasyid..
cian dieorg..mke trpinge2..mne xnye..SUPRISED!!!!
tp seronok..em..nnt mse ak tah de
org igt ke x.hua3..:(..em..makin brtambh usie tmbh la tanggungjwb.mkin dkat ngan mati..
de sorg kwn ak,ble ak sbut psal kemtian die ckup sensitif.xtau r knape.tp ak wat slumber je..
hahaaaaaaaaaa..ak ske ble die mara cam 2.jhat x???
tetibe ak tringt mse ak celebrate besday kwn ak.cam ni la jgk.tp yg skitnye..
kek lmbt smpai.bengang gile.ak dh la BOSS utk suprised 2 tetibe wat slack..
tp..Berjye jgk KEJUTAN 2.kdg2 kte prlukn
kjutan dlm hdup kte supye x bosan...btol x kwn???


Unic - Satu Tekad


Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga

Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama

Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman

Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan

Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan

Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

InDahnye sbuah PerSahbtan

Sahabat Sejati


Saturday, January 10, 2009

prjuangn hrus D tEruSkAn

busynyerrrrrrrrrr
next week kne anta assignment,tuto...

ak dh ler xreti buat.........
sape nk tlg watkn??????
lmbt lg nk blik umah rindu sgt kt mak abah n adik2 adkah ni harge yg prlu d byar utk brjye?
brjayekh aku????????
adkh smue harapn n pngorbnan mreke berbloi???????????

maafkn anakmu
slalu mmbuatkn abah n mak susa ati byknye dose yg prlu d tebus sedrkh ak pe yg tlah ak lkukn utk mreke kjyaan trlalu joa tp mnjadi ank yg baek bkn sukr cme trlalu ego utk brubh
mk n abah cbe nk mmnuhi smuenye
tp ak?????????
sdkit pon tdk
Ya Allah ampunknlh hmbamu ini..........