Friday, October 29, 2010

kongsi

Dari Abu Umamah r.a.h meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa pergi ke masjid untuk mempelajari Ilmu dan kebajikan atau mengajarkan orang lain akan mendapat ganjaran Haji yang sempurna.
(hadis riwayat Tabrani)

Dari Abu Darda r.a.h berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa melangkahkan kakinya ke suatu perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah akan menunjukkan baginya satu jalan dari jalan-jalan menuju syurga, maksudnya bahawa kemahirannya terhadap ilmu menjadi sebab baginya emmasuki syurga.Para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kerana suka keatas seorang yang keluar menuntut ilmu.Para penghuni langit dan bumi dan ikan-ikan dilaut semuanaya mendoakan keampunan bagi orang-orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya kemuliaan seorang alim keatas seorang abid adalah seperti kemuliaan bulan purnama keatas bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi.Dan sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka seperti dinar atau dirham (harta kekayaan) kecuali ilmu pengetahuan.Oleh sebab itu, barangsiapa yang mencari harta pusaka ini sesungguhnya dia telah menerima baginya kebaikan yang besar.
(hadis riwayat Abu Daud)

Dari Abu Bakar r.a.h meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah  s.a.w bersabda: Jadilah kamuseorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau seorang yang gemar mendengar pegajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu.
(hadis riwayat Tabrani)


tak gune kalo ilmu tinggi melangit kalo lupe diri.walaupon tinggi mane ilmu kite,tak setanding ilmu Allah yang seluas lautan.ilmu kite ni diibaratkan cume setitik air di lautan.nampak macam hyperbola tapi tula kenyataannye.jangan la kite menyombong diri dengan ilmu yang setitik tu.bile2 mase je Allah akan tarik. mesti korang tertanye2 nape tetibe aku wat entri nih.haha..senang je..sebab sekarang musim exam.mungkin korang tak nampak lagi nape aku tulis entri ni.takpe..bia aku je yang paham.

so sempena minggu exam ni,de beberape tips aku nak kongsi ngan korang.harap same2 kite leh amalkan.

1- bersihkan hati dengan solat taubat

2- amalkan zikir asmaulhusna

sebelum belajar : sebutla Al-Alim, Al-Hakim, Ar-Rasyid

3- sujud lepas solat subuh dengan niat mintak pertolongan Allah supaya dipermudahkan segala urusan.dan serahkan semua kehidupan kite dengan schedule yang Allah tetapkan.

4- dalam dewan pekse  asmaulhusna

sebutla : ya Zahir, ya Nur, ya Barriq
semoga Allah jelaskan pe yang tak nampak,datangkan ilham pe yang kite lupe.

5- jangan terlalu yakin bahawa dengan study hard kite leh berjaya, tapi sebenarnye kejayaan tu milik Allah. Allah itu penentu qadaq dan qadar.

6- tapi jangan salah konsep, terlalu bergantung pada qadaq dan qadar Allah sampai tak bukak buku.salah jugak tu.Allah dah bagitau, sape2 yang berusaha tak kire agama Allah akan bagi hasilnya.

7- yang penting banyakkan doa pada Allah.sesungguhnya kejayaan atau kegagalan adalah nikmat dan ujian yang Allah bagi.

tapi the most important thing is habluminallah, habluminannas. hubungan Allah dan hubungan dengan manusia.



p/s--->ilmu yang setitik ni je lah  yang aku mampu kongsikan.dan mudah2an aku dapat amalkan.insyaAllah.


Dengan nama Allah, telah aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada Allah, dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah.


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongisan ini..harap2 ak dapat amalkan gk..xsume,sket pon jdi~ huhuk

    ReplyDelete
  2. yelah..manusia yang kerdil ini.banyak lalainye.

    ReplyDelete