Monday, October 17, 2011

mogok 3 minggu [part1]

# assalamualaikum...ehem3x..leh x nak kacau cik nunul.. : p

*waalaikumsalam..nak pe?sibuk je.

# ehem3...

* maaf..tak mahu diganggu..

# hurmmmmmmm...

* tu je?baik tak yah

# hm..klu cam ni la rupa layanan nye..nak mesej pon xdilayan...bek xyah mesej terus...dok diam2 saja..k la...salam.

* kalau tu yang kanda rase baik untuk kite.buatla..dinda tak kesah.lagi pon kanda penat, keje..tak yah susa2 mesej dinda.










# mesej dari en. hakim
*jawapan dalam hati dari cik nunul

cam tu je nak pujuk ak..kirim salam je la jawapannye..




~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Sunday, October 16, 2011

burger!burger!



keje waktu bosan..hahaha...

~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

saya tak tahu

saya tak tahu kenapa saya rase marah sangat kat awak.saya tak tahu kenapa saya kecik hati sangat dengan awak.saya tak tahu kenapa saya sangat terasa hati dengan awak.saya tak tahu kenapa saya langsung takde mood nak balas mesej-mesej awak.saya tak tahu kalo awak tahu ke tak ape perasaan saya sekarang.

dah la..saya mlas nak pikir.saya nak off handset sampai saya de mood nak mesej awak semula.lagipun awak kan kerja,penat.saya mlas nak kacau awak.

selamat berhujung minggu.selamat berehat.





~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Friday, August 19, 2011

adat ke tradisi ke sunnah Rasullullah?pikir ler sendiri.huhu...

assalamualaikum..salam ramadhan..(^^,)

ak wat entri sebab nak menunaikan tanggungjawab ak kat sape2 yang rase diri die kene bertanggungjawab.huhu...so, tajuk enti ak ialah


KELAHIRAN

1st, ak nak cite sal adab2 menyambut kelahiran bayi.antaranye:
  1. disambut oleh perempuan islam yang pakar dalam perbidanan
  2. diperdengarkan dengan azan ditelinga kanannya & iqamah di telinga kirinya.
  3. sunat di takhnikkan (disuapkan pada langit2 bayi) dengan tamar yang lembut @ sesuatu yang manis & di lakukan oleh orang yang dianggap soleh.
  4. membuat akikah pada hari ke-7 dari hari kelahiran beserta dengan dicukur rambutnya & diberikan namanya dengan nama yang baik.
  5. memberi sedekah daging akikah kepada fakir miskin setelah dimasak manis.
  6. memberi sedekah emas@perak@ selain dengannya berdasarkan berat rambut bayi yang telah dicukur.
2nd, ak nak cite maksud aqiqah.

AQIQAH dari segi bahasa ialah rambut yang dikepala bayi yang baru dilahirkan.

AQIQAH dari segi istilah ialah menyembelih binatang ternakan tertentu pada hari mencukur rambut kanak2 selepas tujuh hari kelahirannya sehinggalah sebelum baligh.

hukum aqiqah ialah SUNAT MUA'KAD.

3rd, ak nak habaq mai pasai syarat2 sah sembelihan aqiqah
  1. hendaklah diniatkan aqiqah semasa sembelihan
  2. hanya menyembelih binatang yang boleh dibuat aqiqah
  3. binatang sembelihan cukup umur
  4. binatang sembelihan mestilah sihat dan tiada sebarang kecacatan
  5. menyempurnakan semua syarat sah dalam penyembelihan binatang
 4th, cite pasal nisbah aqiqah yang diharuskan

LELAKI : 2 ekor kambing
PEREMPUAN: 1 ekor kambing

5th, sunah2 aqiqah
  1. melakukan semua perkara yang disunatkan ketika melakukan sembelihan
  2. berdoa
  3. mencukur rambut bayi pada hari tersebut
  4. memberi nama yang baik2 kepada bayi
  5. memberi sedekah daging aqiqah kepada fakir miskin setelah dimasak manis
  6. memberi sedekah emas@perak@ senilai dengannya berdasarkan berat rambut bayi yang di cukur.
6th, hikmah aqiqah
  1. menghayati cara islam mensyukuri kelahiran anak yang dikurniakan Allah
  2. sebagai  tanda kegembiraan & kesyukuran kerana mendapat zuriat
  3. mendedahkan anak yang baru dilahirkan kepada kerja2 kebajikan & cara hidup islam
  4. mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat
7th, hukum menyambut hari jadi adalah harus selagi tidak melanggar lunas2 islam

sekian, wallahualam

sumber rujukan: kitab pendidikan ibadat darjah 6, jabatan agama johor.




~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Tuesday, August 16, 2011

perghhhh

lame tak update blog..

~yea! dah update~

bye...



~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Friday, March 25, 2011

hujan selalu bersama-sama dengan airmataku

ya Allah..
kuatkanlah hatiku
tabahkanlah hatiku
cekalkan lah hatiku
berilah petunjuk mu
beriah hidayahmu

hanya airmata ni sahaja yang mampu aku ungkapkan segala-galanya.
tiada kata atau bahasa yang dapat mencerminkan hati aku.

ampunkanlah hambamu ini
hamba yang lemah lagi kerdil.

terlalu sakit hati ini
terlalu dalam lukanya
terlalu sukar untuk sembuh
terlalu sukar mencari penawar

hanya engkaulah tempat aku kembali.




~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~

Monday, March 21, 2011

si chubby cik kim

assalamualaikum...

hehehe...rindu sama tuan yang bagi cik kim ni.tapi bagus gak, at least de gak cik kim untuk wat peluk.de orang jeles sebab cik kim duduk ngan aku.hahahaha..suke2..

ni la cik kim.comel tak?hehehe...

tapi yang paling ak gembire sangat.tersenarai untul wakil UMP pegi lawatan ke Mesir.Alhamdulillah.tapi de saringan lagi lepas nih.kene interview ngan IO.kalo lepas,dapat pegi,kalo tak duduk malaysia jela.huhu..mak da bagi green light, kekanda beruang kutub pon da bagi green light.huaaaaaaaa..sukenye..doa la mudah-mudahan dapat.tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia?wallualam.hanya Allah sahaja yang tau.

gembire juga satu ujian.maka janganlah terlalu bersuka ria.nanti menyesal.duka juga satu ujian,tahap mane iman dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian.setiap yang berlaku ade hikmahnya.mungkin bukan sekarang,mungkin esok.kita sebagai hamba hendaklah selalu bertawakal dan redha.

ok lah..nak sambung wat projek CAE.design2.....

p/s--->kita sedih melihat hujan,tapi kite gembire melihat pelangi.


~$m0gE dl!mp@h! r@hm@t ALLAH $ent!@$@~